[TERKINI] ADUN Sungai Tiang letak jawatan EXCO Kedah serta-merta

2022-10-13 0

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) negeri Kedah berkuat kuasa serta merta.

Beliau yang juga merupakan satu-satunya EXCO daripada UMNO/ Barisan Nasional (BN) di dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sebelum ini memegang portfolio Kerja Raya, Bekalan Air Dan Sumber Air, Dan Tenaga.